Saturday, June 14, 2008

Peraduan Wau Peringkat Nasional di Catholic JC 31 Mei 2008



Sungguh “WAU”!!! Kami Juara...

Sememangnya para remaja kini hidup dalam zaman yang canggih di mana terdapatnya komputer yang berjaya memudahkan perkerjaan seharian kita. Namun dengan adanya teknologi sebegini, para remaja lebih malas untuk bermain di luar dan lebih suka menghadap skrin komputer . Lebih teruk lagi, dengan pengaruh barat yang kini semakin kuat , para remaja tidak begitu peka akan budaya mereka yang sebenarnya lebih kaya.

Pada 31 May lalu, Maktab Rendah Katolik (Catholic JC) telah mengadakan sebuah pertandingan mereka wau diantara sekolah-sekolah di peringkat menengah dan juga pra-U. Terdapat banyak 15 buah sekolah yang menyahut cabaran menyiapkan wau berdasarkan tema ‘perasaan cinta, kesukaan, kegemaran’ ataupun “passion” . Saat gong dipalu, setiap kumpulan yang harus mempunyai paling ramai empat anggota yang tidak terhad pada pelajar Melayu sahaja, bergegas ke meja untuk menyiapkan wau mereka itu.

Sebagai peserta, kami dapat merasa darah gemuruh yang menyelubungi kami sehinggakan tangan seakan tergetar-getar sewaktu ingin mula melukis. Namun, lagu-lagu Melayu yang telah dimainkan di alat pembesar suara berjaya menenangkan jiwa para peserta. Malah ada yang sempat bernyanyi-nyanyi sambil menyiapkan wau tersebut.

Hanya kertas mahjong, pelekat dan rotan yang telah disiapkan oleh pihak pengajur untuk pertandingan ini. Ada sekolah yang bermula dengan menyiapkan struktur wau mereka manakala ada pula yang mula melukis di kertas mahjong dan seterusnya menggunakan pelekat untuk melekatkan rotan pada kertas . Meskipun setiap sekolah mempunyai cara yang berbeza, mereka seharusnya menyiapkan semuanya dalam masa 2 jam 45 minit sahaja. Bayangkan berapa lenguhnya kaki-kaki kami berdiri hanya untuk menyiapkan wau pada jangka masa yang seakan lama namun sebenarnya sangat pendek bagi kami dan peserta-peserta yang lain. Apabila masa sudah diisytiharkan tamat, para pelajar terpaksa berhenti dan melekatkan wau mereka pada papan tanda pameran. Buat masa rehat, kami dijemput untuk ke kantin untuk santapan nasi yang telah disiapkan sebelum pulang semula ke dewan untuk acara seterusnya. Sementara para pengadil sedang menentukan keputusan, kami dihiburkan dengan persembahan istimewa Gema Puisi Artistik yang bertajuk ’Tujuh Puteri Turun Bersiram” yang terdiri dari para pelajar daripada Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Ia adalah kali pertama saya dapat menyaksikan persembahan mereka yang sungguh bernas. Saya kagum melihat rakan sekolah saya melagukan beberapa stanza puisi-puisi di samping rentak gamelan yang turut dimainkan oleh mereka. Tidak hairanlah mengapa mereka telah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Gema Puisi Artistik yang diadakan di Maktab Rendah Nanyang! Selain daripada persembahan, kami juga dihiburkan oleh sebuah permainan di mana sedutan filem-filem lama ditayangkan dan kami dikehendaki menamakan tajuk-tajuk setiap filem. Hati kami tergeletek menyaksikan gelagat lucu watak-watak dalam filem klasik P. Ramlee yang ditayangkan. Masa untuk mengumumkan keputusan telah pun tiba. Kumpulan kami dapat merasakan ketegangan suasana di dewan kerana wau-wau yang disiapkan semuanya hebat-hebat belaka. Alangkah terkejutnya kami apabila kami diisytiharkan meraih tempat pertama dalam kategori peringkat sekolah menengah! Kami diundang untuk naik ke pentas dan menerima sijil penyertaan, baucer dan piala yang diberikan. Perasaan saya mengambil bahagian dalam pertandingan ini sangat memuaskan bukan sahaja kerana kami berjaya meraih kemenangan, tetapi juga kerana terdapat kebaikan di sebalik pertandingan itu. Bagi saya, pertandingan itu mendekati saya lagi dengan budaya tradisional membuat wau kerana dalam zaman moden ini, adat membuat wau kurang diamalkan. Oleh kerana pertandingan ini tidak hanya terbuka kepada para pelajar Melayu sahaja, saya yakin pelajar bukan Melayu juga dapat membawa pulang sedikit sebanyak ilmu tentang budaya Melayu kita. Ia juga merupakan ruang di mana para peserta boleh meluahkan makna ’perasaan cinta’ dan bakat mereka dalam seni,

Azlin Arziana Bte Anwar (4M1)
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang




Monday, June 9, 2008

Pelancaran Buku " The Last Kampung Mosque- in Singapore. The extraordinary story and the legacy of Sembawang", 23/3/2008

Pelancaran buku ini menandakan tamatnya kajian 3 tahun semenjak 2005-2007 untuk mengekalkan Masjid Petempatan Melayu Sembawang agar boleh berdiri untuk terus berbakti pada pertiwi...










Bertempat di: The POD, Perpustakaan Nasional, Victoria Street. 23 Jun 2008





Para pengkaji:
Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat (NIE/NTU)
Cikgu Nor Hanisah Bte Saphari (Catholic JC)
Cikgu Suryati Bte Mail (Yishun JC)
Cikgu Nor Zalifah Bte Abdul Ghaffa (Admiralty Sec School)
Cikgu Nuraisah Bte Sman (Fajar Sec School)
Cikgu Rozana Bte Salleh (Juying Sec School)
Cikgu Sazali Bin Sahri (Bukit Panjang Government High School)

Para pelajar Bukit Panjang Govt High School diundang undang khas oleh Dr Hadijah untuk menyampaikan sajaknya 'Sembawang-24/9/2006' melalui melodrama dikereograf oleh Cikgu Abdul Manaf Mohd Yasir.


Wednesday, June 4, 2008

Sesi Motivasi Pelajar O/N-Level dengan Naib Mufti Ustaz Fatris Kiayi Bakaram 17 Mei 2008








Tetamu terhormat: Anggota Parlimen GRC West Coast (Boon lay Division), Puan Ho Geok Choo.


Penceramah: Naib Mufti Ustaz Fatris Kiayi Bakaram




“Sekecil Zarah”
Karya Muhammad Khairool Haque(4M1)
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
17 Mei 2008
Majlis Ceramah Motivasi
Boon Lay CC

‘Sinopsis’
Zarah menurut bahasa pada dasarnya adalah habuk yang paling halus ataupun atom. Sekecil zarah mengisahkan pengembaraan suci seorang hamba menuju ke sebuah Taman Abadi. Perjalanan ini bermula dengan ‘bismillahi tawakkaltu alallah’ yang bermaksud, dengan nama Allah, aku berserah sepenuhnya kepada Allah. Ini mengingatkan kita akan hakikat bahawa kita sebenarnya hanya sekecil zarah di antara segala ciptaan Yang Abadi. Dalam pengembaraan suci tersebut, sang hamba mendapati bahawa setiap apa di bumi ini bermula dengan sekecil zarah. Setiap ciptaan bermula dengan kecil seperti zarah sebelum ia membesar seperti lautan.
Setiap perasaan bermula dengan sekecil zarah sebelum ia membesar. Di samping itu, terdapat pergeseran antara naluri nafsu serakah yang bermula dengan sekecil zarah menentang dengan keimanan yang juga bermula dengan sekecil zarah. Hakikatnya semua perkara bermula dengan sekecil zarah. Namun, ia semua akan berakhir pada penghujung waktu; hari kiamat. Maka, sang hamba juga akan mati lalu menuju ke Taman Abadi seraya mengucapkan, ‘Kullu nafsin zaa iqatul maut’ yang bermaksud, setiap jiwa akan merasai kematian.
Dengan penekanan dan pengulangan terhadap perkara yang sekecil zarah dan berkembang menjadi dewasa dan ada kalanya berbahaya, pelbagai nilai kemanusiaan yang mulia akan dapat diselitkan.

1. Diyana 4. Sabrina 7. Iqbal
2. Shahirah 5. Ahmad Ghuzaili 8. Fazleen
3. Diyanah 6. Khairool Haque




Tuesday, June 3, 2008

Seminar Bahasa Melayu 27 Mei 2008







Sudut Pameran Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang pada Seminar Bahasa Melayu 2008










Sesi Perkongsian Kesusasteraan di MLU/CPDD/MOE 201007 & 240408





APAKAH KAEDAH YANG UMUM DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN SASTERA
1. KAEDAH ANALISIS-STRUKTUR
1.1 kaitan antara unsur-unsur tema, plot, watak, bahasa, watak, perutusan, latar, sudut
pandangan dalam kesatuan sebuah karya
1.2 Induktif
1.3 guru perlu mahir- kenal semua elemen dan dapat membimbing pelajar
1.4 unsur-unsur sastera diperkenalkan dahulu dengan terperinci
1.5 cara pembelajaran-banyak dibantu oleh guru
1.6 perbincangan dgn pelajar harus tertumpu pada 'definisi' dan contoh elemen tersebut
1.7 bersifat analitikal tetapi tidak menghayati



2. MENGALAMI-MENGHAYATI
2.1 'Menikmati' dan turut 'melalui' sesutau aspek kesusasteraan yg dipelajari
2.2 guru perlu minta pandangan murid, pendapat, penilaian, kritikan
2.3 secara langsung melatih murid berdikari dan berani keluarkan pendapat
2.4 menggunakan daya imaginasi yang sepenuh
2.5 peluang yg bebas pada murid utk mengkaji, mengintepretasi, nilai hasil sastera
2.6 dapat bantu murid mengasah daya penulisan mereka
2.7 dapat terap nilai-nilai kemanusiaan & kemasyarakatan yang murni
2.8 murid akan mudah mengikuti pelajaran krn pengalaman murid yang lampau diambil kira
dan dimanfaatkan



3. KAEDAH BERFOKUS
3.1 FOKUS UTAMA
3.1.1 guru mesti kenalpasti & pilih aspek utama utk jadikan fokus utama
3.1.2 cth: aspek tema, perutusan, plot dsb
3.1.3 boleh bertukar ganti dgn fokus sampingan
3.2 FOKUS SAMPINGAN
3.2.1 membaca teks
3.2.2 deklamasi sajak
3.2.3 baca dialog dsb