Sunday, September 13, 2009

BICARA SASTERA- bersama sasterawan Suratman Markasan mengupas novel: Subuh Hilang Senja (15 Ogos 2009)




Unit Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Bicara Sastera, 15 Ogos 2009.

SUBUH HILANG SENJA
Suratman Markasan

1 Tulisan Kreatif Memerlukan Tiga Unsur

Tulisan fiksyen baik prosa seperti cerpen atau novel mahupun puisi memerluka tiga unsur. Pertama fakta, kedua imaginasi dan ketiga fikiran atau mesej. Tulisan fiksyen yang hanya mengandungi fakta sahaja, bukanlah tulisan fiksyen, melainkan adalah berita sahaja. Misalnya seperti wartawan memberitakan tentang satu kejadian pelanggaran atau kisah perompakan yang terdapat di dalam suratkhabar. Akan tetapi apabila fakta tersebut ditambah dengan imaginasi penulis, barulah tulisan itu menjadi sebuah fiksyen. Akan tetapi untuk menjadikan tulisan fiiksyen tersebut menjadi bermutu atau da kualitinya, haruslah pula ditambah dengan fikiran atau maksud penulis.
Sedangkan fakta mengenai sesebuah tulisan fiksyen itu, mengandungi tiga latar belakang. Pertama latar belakang tempat. Tempat adalah lokasi di mana tulisan fiksyen atau cerita itu terjadi. Kedua latar belakang masa adalah mengenai bilakah terjadinya fiksyen atau cerita tersebut dan akhir sekali latar belakang suasana adalah yang mengenai apakah hal-hal fakta yang terjadi pada masa itu diceritakan.

2. Latarbelakang Subuh Hilang Senja (SHS)
Mari kami bawa anda satu-persatu mengenai tiga latar belakang tadi, iaitu tempat terjadinya, bilakah terjadinya dan apakah latar belakang suasana Singapura, khususnya mengenai masyarakat Melayunya dalam novel kami ‘Subuh Hilang Senja’

2.1 Latarbelakang tempat
Latarbelakang SHS, adalah di Singapura dan tempat-tempat khusus terjadinya yang kami pakai adalah di lapan lokasi; yaitu di Hospital NUS, di depan Haw Par Garden, di Science Park, di Masjid Darussalam, di flat West Cost Road, di Maktab Bebas Elite, di bawah lelapang flat Pak Mahmud dan di kuburan Pusara Aman.

CONTOHAN SOALAN:

Soalan SHS kertas Peringkat ‘O’ tahun 2006

Berdasarkan novel ‘Subuh Hilang Senja’, terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat. Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu.

Contoh jawapannya kira-kira begini:

Dalam novel SHS, memang terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar bagi masyarakat.
1) Watak Subuh, merupakan seorang pelajar yang membawakan watak bermotif Islam. Dia telah disebat oleh Mr. Rodrigues bersama teman-temannya, di hadapan khalayak pelajar, kerana dia tidak datang berlatih bermain boleh bagi kolejnya. Perbuatan dia tidak datang berlatih, ada beberapa sebab peribadinya. Pertama, dia tidak punya tambang. Kedua, dia terpaksa mencari duit dengan mencuci pinggang-mangkuk di gerai makanan. Bagaimanapun, Subuh tidak mempunyai rasa dendam kepada Mr. Rodrigues, sehingga dia meminta Senja dan kawan-kawannya, jangan memberitahu sesiapapun, bahawa pasangan muda-mudi yang diselamatkan dari dirompak itu, adalah Mr. Rodrigues dengan Cikgu Roziah, isteri Mr. Husin, guru PE, di maktab mereka.
2) Ketika di dalam bas mayat, untuk mengkebumikan Subuh. Senja teringat akan watak Subuh, yang tidak suka menceritakan tentang keburukan orang lain. Walaupun watak itu, orang yang menjatuhkan hukum sebat di khalayak pelajar kolejnya. Senja mengangapnya sebagai orang berwatak ‘malaikat’. Biarlah dia tuduh aku begitu, tapi Tuhan tahu aku tidak buat begitu.
3) Watak Cikgu Saerah guru kelas, guru bahasanya dan guru dicipline, dapat dijadikan contoh guru yang baik dan bertanggungjawab, kerana dia sentiasa membela Subuh dan pelajar-pelajar lain yang mendapat layanan tidak adil dari maktab bebas elit. Selain itu, dia juga membayarkan yuran kolej dan bayaran peperiksaan bagi Subuh, kerana dia tahu Subuh pelajar susah yang perlu dibantu.
4) Gambaran guru-guru Melayu yang mengajar di Maktab Bebas Elit, seperti Cikgu Yaakub, Mr. Gazali dan Mr. Husin yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan antara keluarga di rumah, disinggung oleh Cikgu Saerah dan Mr. Hatta. Mereka memberikan alasan, walaupun guru-guru Melayu itu hendak menguatkan pelajaran bahasa Inggeris bagi anak-anak mereka, tetapi hendaknya janganlah mengabaikan langsung bahasa Melayu mereka.

Soalan Kertas Peringkat ‘O’ Tahun 2007

“Kau orang semua berjanji tau.... apa yang aku ceritakan tadi, peristiwa yang terjadi mengenai Subuh di Science Park tadi, mesti dirahsiakan. Itu permintaan Subuh.” (Halaman 23, edisi baru, 2008)
a) (i) Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Kau orang’ dan ‘aku’ dalam tukilan
di atas (2 markah)
(ii) Bilakah dan di manakah kata-kata di atas dilafaskan (2 markah)
b) Terangkan ‘peristiwa yang terjadi’ di Science Park. (8 markah)
c) Jelaskan empat sifat terpuji yang ada pada diri Subuh. (8 markah)

Contoh jawapannya kira-kira begini:

(a) (i) Yang dimaksudkan ‘Kau orang’ itu yalah Bujang dan Salih. Dan yang di-
maksudkan ‘aku’ yalah Senja (Tan Peng Yoe).
(ii) Percakapan tersebut dilafazkan oleh Senja di Science Park pada hari Sabtu
malam Minggu.

(b) Peristiwa itu terjadi, ketika Subuh dan teman-temannya Senja, Bujang dan
Salih setelah mereka mengulang-kaji pelajaran ekonomi, tiba-tiba mereka
ternampak sebuah kereta yang baru tiba, berhenti di belakang sebuah kereta
yang telah sedia ada di situ. Dari kereta yang baru tiba, mereka nampak se-
pasang manusia keluar dari kereta tersebut sambil berpelukan dan berulang-
alik di sebelah kereta yang sedia ada di situ. Selepas itu yang lelaki pergi ke
kanan kereta dan yang perempuan ke kiri kereta. Ketika itu Subuh mengajak
teman-teman bergerak ke arah meeka untuk mengetahui apa yang akan dilaku-
kan oleh mereka. Subuh dan Senja bergerak ke arah kanan dan dua orang
temannya bergerak ke arah kiri. Ketika itu pula, seorang yang berada di dalam
kereta yang dipandu oleh belia-belia itu menyorotkan lampu keretanya. Ketika
itulah terjadi pergelutan antara Subuh dan belia lelaki itu. Waktu itulah Subuh
ditikam oleh belia itu. Akhirnya kedua-dua kereta itu pun lesap hilang, tinggal
Subuh yang dipangku Senja berlumuan darah. Sedang Bujang dan Salih me-
Nelfon ambulance. (rujukan hal. 16)

(c) Empat sifat terpuji bagi Subuh; pertama suka dan sentiasa menolong orang.
(i) Menyelamatkan Senja yang berada di dalam keadaan kejang kaki, apa-
bila mereka sedang berenang-renang semasa di Pulau Seking dahulu.
(rujukan hal.40)

(ii) Menutup rahsia keburukan Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah (isteri Mr
Husin) yang berada di dalam sebuah kereta di Science Park, ketika ter-
jadi dan teman-temannya hendak menyelamatkan Mr Rodriguies dan
Cikgu Roziah di serang perompak. (rujukan hal. 15-16)
(iii) Walaupun dia diusir oleh bapa dan ibu tirinya, kerana peristiwa ibu-
tirinya mengatakan Subuh anak jalanan, dia menyuruh ibu tirinya
jangan cakap sembarangan. Dia lebih suka di surau daripada pergi
ke rumah saudara-mara atau teman-temannya. (rujukan hal.58)
(iv) Tidak suka menceritakan tentng keburukan orang lain. Ketika kawan-
kawannya atau orang lain menceritakan tentang keburukan orang
lain, dia diam tidak menambah atau mengurangi cerita tersebut.
(rujukan hal.194)

Soalan Kertas Peringkat ‘O’ Tahun 2008

(a) Insan yang berprinsip tidak mudah dikaburi wang ringgit. Buktikan ketetapan pernyataan ini berdasarkan watak Senja dalam novel ‘Subuh Hilang Senja’ karya Suratman Markasan (8 markah)

(b) Peristiwa Subuh ditikam memperilhatkan sifat kepura-puraan Mr Rodrigues. Buktikan pernyataan tersebut. (12 markah)

Contoh jawabannya kira-kira begini:

(a) Memang benar bahawa Senja berpendirian menutup rahsia perhubungan Mr Rodrigue dan Cikgu Roziah, bukan mahu mendapatkan balasan apa-apa. Dia ikhlas kerana itulah permintaan daripada temannya Subuh, supaya menutu rahsia itu. Senja tidak mudah dikaburi dengan wang $100/- daripada Mr Rodrigues, terbukti dia meminta kepada teman-temannya Bujang dan Salih supaya memulangkan wang itu kepada Mr Rodrigues, kerana jika dia menerimanya, satu hari nanti seluruh Maktab Elite akan mengetahui bahawa mereka menutup rashsia itu, kerana wang &100/- (rujukan hal.68-69 & 106-107).

(b) Memang dapat dinyatakan bahawa Mr Rodrigues, seorang yang berperwatakan suka berpura-pura. Pertama, ketika dia mengetahui daripada Senja bahawa Subuhlah yang meminta dia dan teman-temannya jangan memberitahu sesiapapun akan rahsia perhubungan antara Mr Rodrigues dengan Cikgu Roziah. Dia hanya mengatakan: “Oh Thank God!” dan menyatakan dia menziarahi Subuh dua kali; sekali pagi dan sekali petang. (rujukan hal.68-69). Kedua, ketika dia berbincang dengan Mrs Teo bahawa Subuhlah pelajar yang meminta rakan-rakannya menutup rahsia perhubungannya dengn Cikgu Roziah. Ketika itu dia Mrs Teo sedar bahawa Subuhlah pelajar yang baik, tetapi sekadar itu sahaja, mereka tidak membuat pertanyaan kepada umum tentang kebaikan Subuh. (rujukan hal.128-129) Mr Rodrigues juga tahu, bahawa Bujang yang dipecat daripada NCC itu tidak pendendam, dan benar kata Cikgu Saerah bahawa bukan Bujang yang menggaris keretanya. Begitu pun baiknya watak Bujang, tidak juga diumumkan kepada umum akan kebaikan Bujang. Hal-hal inilah yang dapat dibuktikan bahawa Mr Rodrigues itu, memang tepat dikatakan manusia yang bersifat manusia yang suka berpura-pura. (Rujukan hal.129-130)


Selain itu, soalan mengenai novel SHS, boleh juga ditanyakan:

a) Apakah motif atau maksud yang ingin disampaikan oleh penulis di dalam novelnya Subuh Hilang Senja? Jelaskan.

Sebelum menjawab apapun soalan dalam apapun pelajaran, pelajar-pelajar haruslah fahamkan: Pertama, pelajar-pelajar harus faham betul-betul apakah maksud atau kehendak soalan tersebut. Kedua, sampai sejauh manakah batas yang dikehendaki.

Maksud atau kehendak soalan di atas, pelajar-pelajar diminta menjelaskan ‘apakah motif atau maksud’ yang ingin disampaikan di dalam novel tersebut. Sebelum menjawab, yang perlu diketahui oleh pelajar, jika soalan tersebut merupakan soalan yang markah penuhnya 20 markah, ertinya jawapannya harus lengkap. Sebaliknya, jika soalan tersebut merupakan soalan pecahan, yang barangkali jumlah markahnya cuma 10 markah, barangkali tidak perlu lengkap dan keseluruhannya. ‘Maksud’ di dalam pengertian di sini, boleh jadi: Apa yang kira-kira penulis hendak sampaikan kepada pembaca-pembacanya? Bagi saya sebagai penulis, yang utama saya ingin pembaca memikirkan ‘fikiran-fikiran’ yang saya sodorkan melalui watak-watak di dalam novel tersebut. Pertama: Ketidakadilan dan kedua ketidakjujuran, menjadi perkara-perkara penting, yang harus disampaikan dan difikirkan oleh pembaca-pembaca.

Misalnya tentang ketidakadilan, saya gambarkan melalui watak utama yang berkuasa di dalam institusi ‘maktab’ dipegang oleh Mr Rodrigues (vp) dan Mrs Teo Lam Tay(p). Apabila Bujang dituduh mencuri di RI, Mr. Rodrigues, tidak mahu menyiasat, walaupun Cikgu Saerah meminta perkara itu disiasat. Lalu Bujang dijatuhi hukuman, turun pangkat menjadi last-copral. Kemudian apabila Bujang menulis surat untuk berhenti dari army cadet, dia dipecat. Demikian pula, ketika Subuh dan KK-nya tidak datang berlatih bolasepak, dengan tidak menyiasat sebab-sebab Subuh dan kk-nya tidak datang, lalu mereka mengambil tindakan untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa Tata-tertip Maktab, yang terdiri dari Ketua-ketua muird dan guru-guru. Akhirnya undi diambil dengan 5 bersalah dan 5 tidak bersalah, dan Mr Rodregues sebagai Pengerusi Jawatankuasa, menggunakan undi vetonya, bahawa mereka bersalah. Ketidakadilannya di sini, terletak kepada nasib ‘Bujang’ dalam kesnya yang dikatakan ‘mencuri’ tetapi guru di RI sendiri, tidak menuduhnya mencuri. Cikgu Saerah sebagai guru bahasanya dan guru kelasnya menjamin bahawa Bujang pelajar baik. Oleh itu perlulah disiasat, tetapi ‘mahkamah’ yang mengadilinya tidak mahu mendengar orang yang dituduh itu membela dirinya. Jadi di mana keadilannya?... Demikian pula mengenai kes ‘Subuh’. Walaupun memang dari segi peraturan Maktab, bahawa keutamaan haruslah ‘Maktab’ diutamakan, tetapi dari segi keadilan, perlu juga Jawatankuasa Tata-tertip, mengetahui apakah sebab-sebabnya Subuh dan kk-nya tidak datang berlatih?.. Samalah juga, pertanyaannya: Keadilannya di mana?

Mengenai ketidakjujuran yang ingin saya sampaikan kepada pembaca, saya lontarkan melalui watak-watak Mr. Rodrigues (vp), Mrs Teo Lam Tay (p) dan Mr. Gazali (math teacher). Setelah Mr. Rodrigues mengetahui melalui Tan Peng Yeo alias Senja, bahawa Subuhlah yang meminta Senja dan KK-nya, supaya menutup rahsia perbuatan tidak bermoralnya dia dengan Cikgu Roziah berada di sebuah kereta di Science Park daripada diketahui umum, dia masih berpura-pura tidak bersalah. Demikian juga, setelah akhirnya dia mengetahui bahawa Bujang tidak mencuri di RI dan Bujang juga tidak menggaris keretanya, Mr. Rodrigues tidak juga mahu mengakui kesilapannya. Dari segi ketidakjujuran dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Mr. Rodrigues, Mrs Teo Lam Tay sebagai ketua di institusi ‘Maktab Bebas Elit’ ini pula, bersubhat menyebelahi penolognya. Jadi nasib orang bawah, yang tak berkuasa seperti ‘Subuh’ dan ‘Bujang’ sampai bila pun tidak akan ada orang yang membelanya.

b) Selain fikiran-fikiran utama yang menjadi matlamat kami (penulis), ada fikiran-fikiran lain (sampingan) yang ingin kami sampaikan kepada pembaca melalui watak-watak di dalam novel SHS juga. Misalnya watak guru-guru, Mr. Rodrigues dan Cikgu Roziah yang tidak bermoral, berdua-duaan di satu kereta dan berada di Science Park pada malam hari. Watak Cikgu Yaakub yang mementingkan diri sendiri; demi wang dia berkerja sebaliknya tanpa wang, dia tidak bekerja. Demikian pula, watak-watak Cikgu Yaakub, Mr. Gazali dan Mr. Husin yang mementingkan dan mengutamakan pelajaran bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu bagi anak-anak mereka, sehingga bahasa Melayu tidak menjadi bahasa pengantar langsung di kalangan keluarga mereka di rumah.

c) Kami kira jelaslah bahawa fikiran-fikiran yang ingin disampaikan oleh seseroang penuls di dalam tulisan fiksyennya (baik yang bersifat utama mahupun yang hanya sampingan adalah maksud yang ingin disampaikannya juga).

d) Menurut kami, yang boleh dianggap sebagai pengajaran adalah perkara-perkara sampingan, yang lebih merupakan ditujukan kepada watak-watak individu. Sebaliknya, yang merupakan fikiran-fikiran utama itu, lebih tepat ditujukan kepada orang-orang yang berkuasa atau bertanggungjawab mengepalai sesuatu institusi. Dalam hal novel SHS tentulah institusi maktab bebas elit.